Connect with us

Oh! Media

Kemalangan Maut Tiga Beranak, Pemandu Lori Tan Direman

Trending

Kemalangan Maut Tiga Beranak, Pemandu Lori Tan Direman

Semalam, negara kita digemparkan dengan kemalangan maut yang melibatkan sebuah kereta dan lori tan di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, berhampiran Tol Simpang Ampat di Alor Gajah, Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Hari ini, perintah reman telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Syarina Shaarani @ Tan di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh.

Pandu lori di lorong kanan

Ketiga-tiga mangsa Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, Zubaidah Abd Rajak dan bayi Muhammad Rizqi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas jam 11 pagi itu.

Kenderaan milik mangsa dipercayai merempuh sebuah lori tan yang diletakkan di lorong paling kanan lebuhraya pada kejadian itu.

Jika sabit kesalahan, pemandu lori tersebut boleh dipenjara 10 tahun dan didenda RM20,000 mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas