Connect with us

Oh! Media

Bayi Meninggal Dunia Dua Jam Selepas Lahir, Bapa Tak Sempat Tatap Wajah Anak

Trending

Bayi Meninggal Dunia Dua Jam Selepas Lahir, Bapa Tak Sempat Tatap Wajah Anak

Di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah, seorang bayi yang dilahirkan pramatang enam bulan meninggal dunia selepas dua jam dilahirkan kerana dijangkiti Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA:Jururawat Disahkan Positif ‘Pergi’ Selepas Melahirkan Bayi 26 Minggu

Ibu, Azreen Farina Azmi, yang positif wabak selamat melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi namun bayi disahkan meninggal dunia jam 7 pagi.

bayi
Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan Malaysia, bapa, Jalil Mohd. Taha yang masih dikuarantin di rumah berasa sangat terkilan kerana tidak dapat ke hospital dan menatap wajah bayi.

Saya sangat bersyukur dengan kehadiran bayi ini dan diharap dapat menceriakan lagi keluarga kami.

Bagaimanapun selepas dua jam bayi seberat 500 gram dan cukup sifat ini dilahirkan, saya dimaklumkan dia meninggal dunia.

Menurutnya, pada 28 Julai lalu dia menghantar isteri ke sebuah pusat bersalin swasta di Jitra selepas isterinya mengadu sakit hendak bersalin.

bayi
Foto: Harian Metro

Selepas menjalani ujian saringan di pusat bersalin itu, isteri didapati positif wabak dan dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut. Dia difahamkan isteri berada di tahap empat namun masih lagi sedar.

Isteri saya menerima rawatan di HSB sehingga isteri saya bersalin pada pukul 5 pagi semalam (kelmarin).

Kesihatan isteri saya pula dilaporkan stabil selepas bersalin.

Saya reda dengan pemergian anak kami yang kelima itu walaupun tidak dapat menatap wajahnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib yang menguruskan pengebumian di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar, tidak dapat menahan sebak ketika memangku jasad yang diletakkan dalam polibeg itu. Sangat sukar untuknya melupakan detik itu kerana terkenang anak-anak yang berada di rumah.

Kredit: Utusan Malaysia | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas