Connect with us

Oh! Media

Bas Darat VTL Singapura-Malaysia Dah Beroperasi, Selamat Kembali Warga Singapura!

Article 3 29 11

Trending

Bas Darat VTL Singapura-Malaysia Dah Beroperasi, Selamat Kembali Warga Singapura!

Warga Singapura yang sudah lengkap dua dos vaksinasi kini sudah boleh merentas ke Malaysia dengan menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dan tidak perlu kuarantin bermula hari ini.

BACA: Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Tanpa Perlu Kuarantin

Menerusi laporan Berita Harian, perkhidmatan bas darat melalui VTL dari Tambak Johor sudah mula beroperasi pada jam 7.30 pagi hari ini.

IKLAN

Tiket habis dijual tak sampai setengah jam

1380901

Bas pertama Causeway Link yang berlepas dari Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral ke Queen Street, Singapura hanya membawa lima orang penumpang sahaja.

Namun, trip pertama dari Queen Street yang membawa warga tempatan yang tiba di Malaysia pagi ini kelihatan penuh dengan kapasiti seramai 45 orang penumpang. Difahamkan, semasa tiket mula dijual empat hari lepas, tidak sampai setengah jam, semua tiket sudah habis licin terjual!

Menurut Berita Harian, sebagai permulaan, VTL darat hanya membabitkan 1,440 orang dengan 64 trip sehari, menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah Causeway Link Malaysia dan Transtar Singapura.

Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bakal melancarkan VTL darat di Woodlands, hari ini.

Semoga pembukaan VTL darat ini memberi kebaikan buat semua warga Singapura dan Malaysia. Semoga ekonomi negara semakin baik dan rakyat mampu mengekang penularan Covid-19 dengan mengikut SOP yang ditetapkan dan sentiasa berjaga-jaga.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas