Menurut laporan Sinar Harian, doktor telahpun mengesahkan bahawa Aliff dijangkiti wabak itu pada tahap tiga. Disebabkan itu, terdapat kesan buruk pada sistem pernafasannya.
Mohon maaf kepada semua
Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.
Di Instagram, usahawan itu sendiri memaklumkan hal itu kepada pengikutnya dan tidak terlepas untuk meminta maaf kepada semua orang yang pernah disakiti.
Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak.
Apapun, semoga Aliff Syukri cepat sembuh ya. Jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti.