Connect with us

Oh! Media

“Memang Dia Kerja Untuk Saya” – Pembida Harta Sajat ‘Ghaib’, Aliff Syukri Tak Mahu Terlibat

Aliffsyukri1

Oh! Artis

“Memang Dia Kerja Untuk Saya” – Pembida Harta Sajat ‘Ghaib’, Aliff Syukri Tak Mahu Terlibat

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mahu melibatkan diri dalam kontroversi pembida lelongan harta milik usahawan kosmetik, Nur Sajat.

BACA: Netizen Dakwa Pembida Harta Sajat Rupanya PA Datuk Aliff Syukri?

Kontroversi mula tercetus apabila pembida tersebut dikatakan menghilangkan diri dan tidak berjaya dihubungi selepas proses bidaan.

IKLAN

Lelaki itu memberi alasan mahu ke bank untuk urusan bank draf. Setelah disiasat, netizen mendakwa pembida tersebut merupakan pembantu peribadi dan pengurus Aliff Syukri.

265988253 135273395556583 7399566418338080539 n 1 338x600

Tolong jangan libatkan saya! Semua orang berhak untuk membida, saya tiada kena mengena dengan isu ini. Biarpun dia bekerja sebagai pembantu peribadi saya, namun itu haknya untuk membeli.

Aliff yang kini berada di Turki bersama keluarga ketika dihubungi Harian Metro berkata, pembantu peribadinya itu mempunyai hak untuk membuat pilihan sendiri.

Sekiranya dia (individu terbabit) ingin membeli, itu berada di luar bidang kuasa saya. Memang dia bekerja untuk saya, namun dia mempunyai hak untuk membuat pilihan membeli dan sebagainya. 

Jelas usahawan ini lagi, kebanyakan barangan di rumah Sajat merupakan barangnya jadi tiada sebab untuk dia membelinya.

Mungkin ada yang mengaitkan saya kerana pada pagi semalam saya menitipkan kata-kata semangat buatnya. Takkan itu pun salah?. Kadangkala rakyat Malaysia gemar memperbesarkan perkara kecil

Malah, hiasan dalam rumahnya sendiri sudah cukup banyak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas