
Trending
Baru Diikat Jamin, Pemandu Lori Rempuh Trak FRU Ditahan Semula Kes Curi Lembu
Seakan tak sempat tarik nafas lega, pemandu lori yang dikaitkan dengan kemalangan maut melibatkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kini sekali lagi berdepan masalah undang-undang.
BACA: Tiada Siapa Datang Ikat Jamin Pemandu Lori Langgar FRU
Lapor Utusan, suspek Rudi Zulkarnain Mat Radi yang baru selesai membayar ikat jamin RM6,000 ditahan semula oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes curi lembu yang berlaku di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.
Suspek ditahan semula untuk siasatan kes curi lembu

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Suspek dilaporkan diberkas ketika berada di pejabat kaunter pembayaran jamin oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, hanya kira-kira 20 minit selepas diikat jamin.
Difahamkan, ikat jamin tersebut telah dibayar oleh dua individu iaitu majikannya dikenali sebagai Ravi dan jiran sekampungnya bernama Roslan.
Terdahulu, Rudi Zulkarnain telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan dan mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.
Hakim Mahkamah Sesyen, Norhamizah Shaiffuddin yang bertindak sebagai Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram
