Connect with us

Oh! Media

Bapa Cerita Kisah Sebelum Perkahwinan Ina Naim Dan Khairul Buatkan Dirinya Terperanjat

Untitled Design   1

Trending

Bapa Cerita Kisah Sebelum Perkahwinan Ina Naim Dan Khairul Buatkan Dirinya Terperanjat

Bapa kepada Ina Naim iaitu Naim Samijan tidak dapat menahan rasa sebak apabila melihat anaknya kini kembali bergelar seorang isteri. 

Menurut laporan mStar, bapa Ina juga berkata yang dia sedar bahawa dia tidak mampu menjaga Ina dan cucu-cucunya buat selamanya disebabkan usianya yang semakin meningkat dan kehadiran Khairul sebagai suami baru Ina diterima dengan hati terbuka. 

Naim juga berharap yang menantunya ini dapat membimbing Ina dan anak-anak mereka dengan baik.

IKLAN

Sebelum ini, Ina ada bercerita tentang seorang lelaki yang sedang berkenalan dengannya. Saya kata, datanglah ke rumah untuk berkenalan.

Saya terima dia seadanya asalkan dia dapat menjaga anak dan cucu-cucu saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah.

Kisah sebelum perkahwinan Ina Naim dan Khairul

19f1dc5e db7c 4acf a108 a51f1ea54ba0

Naim juga sempat berkongsi kisah sebelum perkahwinan anaknya itu dan memberitahu yang Khairul mewakilkan kakaknya untuk melamar Ina. 

Naim kemudiannya memberi kebebasan kepada Ina untuk membuat keputusan sendiri sambil mendoakan yang terbaik buatnya.

Sewaktu kakak Khairul datang merisik dan menyarungkan cincin, saya pun terperanjat. Kakaknya cakap adiknya berhajat nak jadikan Ina sebagai isteri.

Naim turut menasihati Ina agar membuat keputusan berdasarkan hati nuraninya. 

Sebagai seorang ayah, dia hanya mampu berdoa agar Ina bahagia dan mendapat kebahagiaan dalam rumah tangganya yang baru.

Pesanan bapa Ina Naim

A467a15c b561 45b9 a27c 88009561963c

Bukan tu jer, Naim juga menitipkan pesanan kepada Ina agar menjadi isteri solehah dan menjaga suami serta anak-anak dengan baik.

Saya mendoakan agar Ina dapat menjaga suami dan anak-anak dengan baik. Berilah didikan yang baik kepada anak-anak. Saya sentiasa doakan kebahagiaan untuk anak dan cucu-cucu.

Majlis pernikahan berlangsung pagi tadi di Johor

Ina Naim

Pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan, Ina dan Khairul selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor pada awal pagi tadi. 

Khairul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100, kelengkapan solat, seutas gelang emas, sebentuk cincin, dan lima dulang hantaran sebagai simbol kasih sayangnya.

#OhmediaNasihat

Bapa adalah insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak walaupun mereka telah dewasa. Seperti Naim, dia rela melepaskan anaknya dengan hati yang terbuka demi masa depan yang lebih baik. 

Buat para pembaca, ingatlah bahawa restu dan doa ibu bapa amat berharga dalam kehidupan kita. Jadi, hargailah dan jangan lupa untuk selalu menjaga hubungan baik dengan mereka, kerana mereka adalah tulang belakang kebahagiaan kita.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas