Trending
Berang Anak Ditampar Rakan Sekelas, Bapa Hempas Murid Tahun Tiga Hingga Cedera
Kecoh semalam apabila seorang lelaki tergamak mencederakan seorang murid tahun tiga gara-gara berang anaknya ditampar murid terbabit.
Laporan dari Kosmo menyatakan kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Chendering itu telah menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera ringan di bahagian kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, mangsa dan anak kepada lelaki itu dikatakan bermain sebelum berlaku perselisihan faham sebelum kejadian.
Rakan sekelas mangsa kemudiannya mengadu dia telah ditampar kepada bapa yang tiba untuk mengambilnya tidak lama kemudian.
Mendengar aduan anaknya, lelaki itu naik berang lalu mencekik sebelum menghempas mangsa ke tanah sehingga menyebabkan kepala kanak-kanak itu mengalami luka dipercayai akibat terkena batu.
Tular di media sosial
Bulan puasa ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga shj.
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 25, 2022
Tunjuk lah tauladan yang baik juga.
Ini dia tibai nya anak buah kita. Kalau budak yang gaduh tu boleh kita tegur lagi. Ini BAPAK BUDAK yang pukul anak buah kita🙄. Macam mana nak tunjuk contoh baik dkt anak ? pic.twitter.com/K5twbetZ8y
Isu ini turut viral di media sosial di mana satu laporan polis telah dibuat bapa mangsa mendakwa anaknya cedera di bahagian kepala akibat dipukul.
Kanak-kanak berusia 9 tahun itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan lanjut.
Kredit: Kosmo | Twitter Malaysia Most Viral
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegam Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM