Connect with us

Oh! Media

Bapa Berang Ada 8 Kesan Gigitan Pada Tubuh Anak, Dakwa Anak Hanya Dibiarkan Di Taska

Anakadaakesangigitan

Trending

Bapa Berang Ada 8 Kesan Gigitan Pada Tubuh Anak, Dakwa Anak Hanya Dibiarkan Di Taska

Apabila ibu bapa meninggalkan anak mereka di pusat jagaan, pelbagai perkara bermain di minda mereka terutamanya khuatir perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak mereka.

BACA: Berang Anak Ditampar Rakan Sekelas, Bapa Hempas Murid Tahun Tiga Hingga Cedera

Namun atas sebab tanggungjawab, mereka perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berlapang dada ketika meninggalkan anak mereka di bawah jagaan individu yang tidak dikenali.

IKLAN

Bapa berang tubuh anak penuh dengan kesan gigitan

Tular satu hantaran di muat naik Bakti Zakaria di laman Facebook Puncak Alam yang meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas mengambil anaknya pulang dari sebuah taska.

Imageedit 1 8377748111

Menerusi gambar yang dikongsinya itu, dapat dilihat terdapat lapan kesan gigitan di bahagian pipi dan tangan anaknya.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kesan jatuh pada telinga anaknya yang berusia 10 bulan itu.

8 kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan gigit, telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit jugak, tangan kanan terdapat 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit.

Menurut Bakti lagi, sewaktu dia meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup, CCTV, pihak taska memberikan alasan bahawa rakaman CCTV tidak dapat dilihat kerana bil internet tidak dibayar selama dua bulan.

Lepastu bila berlaku kecederaan pada budak. Nak tengok cctv alasan cctv tidak bayar dah 2bulan Internet.

Semoga anak cepat sembuh

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bayi berusia 10 bulan itu diberikan kesembuhan serta ada yang meminta agar bapa kepada bayi itu membuat laporan polis.

Screenshot 2022 07 07 at 124100
Screenshot 2022 07 07 at 124424
Screenshot 2022 07 07 at 124433

Difahamkan, laporan polis dah dibuat dan semoga segala urusan dipermudah.

Kredit: Facebook Bakti Zakaria

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas