Connect with us

Oh! Media

Tiada Jangkitan Babitkan Pelancong Di Langkawi Selepas 5 Hari Dibuka

Langkawi

Oh! Tidak

Tiada Jangkitan Babitkan Pelancong Di Langkawi Selepas 5 Hari Dibuka

Sebelum ini, individu yang sudah lengkap dua dos vaksin telah dibenarkan untuk pergi ke Langkawi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi.

ADVERTISEMENT

BACA : “Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Rentas Negeri” – KJ

Menurut laporan Harian Metro, tiada kes jangkitan membabitkan pelancong domestik di Langkawi dikesan selepas lima hari dibuka. Pergh! Terbaiklah.

Walaubagaimanapun, penularan hanya membabitkan penduduk tempatan saja dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad.

Haha Keadaan ini membuktikan kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di bawah projek rintis berkenaan. Tiada kes membabitkan kedatangan pelancong domestik.

Hal ini berikutan kerajaan telah melakukan SOP yang terbaik dibawah projek gelembung pelancongan dimana ujian saringan di lokasi pelepasan sebelum ke Langkawi juga turut membantu perkara ini dijayakan.

Sektor-sektor pelancongan lain seperti di Pulau Tioman, Genting Highland dan Melaka juga akan dibuka bermula 1 Oktober ini. Ada yang dah rancang nak pergi bercuti ke tu? Apapun, SOP jangan pernah lupa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top