Connect with us

Oh! Media

Trending

Bantu ‘Clear’ Jalan Untuk Ambulans, Rider Grab Dipuji Berani Macam Polis Trafik

Tindakan berani seorang penghantar makanan membantu melancarkan perjalanan ambulans ke hospital mendapat perhatian ramai.

BACA: Bunyikan Hon Beri Laluan Kepada Van Jenazah, Tindakan ‘Spontan’ Rider Dipuji

IKLAN

Menerusi perkongsian video di TikTok Mohd Yusof Bin Yahya, rider yang berada jauh di hadapan dilihat memberi isyarat tangan mengarahkan kenderaan lain ke tepi.

Malah, rider ini dengan berani menyusuri jalan sesak dan beberapa persimpangan sehingga ambulans boleh bergerak dengan mudah.

@mohdyusofbinyahya

tq grab food bantu kami🥰

♬ Rindu Aku Rindu Kamu – Dara Ayu

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen meluahkan rasa terima kasih di atas usaha berani abang rider ini. Ada yang kata gayanya dah macam polis trafik. Smooth je!

Memang terbaiklah abang Grab tu kan? Walaupun jalan sesak dengan kenderaan lain, dia sanggup risikokan diri sendiri asalkan ambulans sampai ke destinasi dengan segera. Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Kredit: TikTok mohdyusofbinyahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas