Connect with us

Oh! Media

Bakal Jemaah Yang Sudah Menerima Tawaran Haji, Digesa Untuk Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin

9244386b 85d0 4e5c 8ee7 12277549fcd2

Trending

Bakal Jemaah Yang Sudah Menerima Tawaran Haji, Digesa Untuk Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata, vaksin Covid-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Malah pihak Tabung Haji (TH) dikatakan akan mengemukakan permohonan dan senarai jemaah yang bakal mengerjakan haji mengikut jadual tertentu.

Pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji itu juga akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadat berkenaan tahun ini.

IKLAN

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Malaysia dikatakan masih lagi menanti keputusan muktamad Arab Saudi untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.

Bila ia wajib, maka kita akan kerjasama dengan TH dan teliti senarai bakal jemaah yang diluluskan untuk melakukan ibadat haji tahun ini.

Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin. – Katanya pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, pada Jumaat lalu telah menggesa seramai 31,600 bakal jemaah haji 2021 yang mendapat surat tawaran mengerjakan ibadah agar segera mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

Langkah itu disifatkan sebahagian daripada persiapan bakal jemaah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran menunaikan haji tahun ini.

Sekiranya Arab Saudi mengumumkan keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan bakal jemaah haji, Khairy berkata, Kerajaan Malaysia akan menggalas tanggungjawab menyediakan suntikan pelalian berkenaan secepat mungkin.

Bagaimanapun, beliau menaruh keyakinan bahawa jumlah bakal jemaah haji tahun ini tidak ramai kerana perlu mematuhi pelbagai prosedur operasi standard (SOP), khususnya membabitkan penjarakan fizikal bagi membendung penularan Covid-19.

Kita jangka jumlah bakal jemaah haji tidak ramai, justeru ada bekalan mencukupi untuk diberikan kepada mereka. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas