Connect with us

Oh! Media

Trending

Bagi Alasan Balik Kelantan Sebab Tak Ada Rumah Di Selangor, Rupanya…

Sekarang bermacam-macam jenis alasan yang digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab supaya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri.

Terbaru, seorang wanita berusia 50-an bertindak cuba menipu pihak berkuasa dengan menyalahgunakan surat rentas negeri yang diberikan kepadanya. Akibat perbuatannya itu, dia dikenakan kompaun RM 5,000 di Padang Besar, Khamis lalu.

IKLAN

Menerusi laporan Utusan Malaysia, wanita berkenaan menggunakan surat rentas negeri dari Selangor ke Kelantan namun menukar perjalanannya ke Perlis untuk cuba pergi ke sempadan Thailand.

Gambar Hiasan

Wanita berkenaan ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar ketika menaiki teksi yang dinaikinya.

Menurut Datuk Surina Saad selaku Ketua Polis negeri, wanita berkenaan menyalahgunakan kebenaran surat rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis untuknya.

Surat tersebut dikeluarkan untuknya selepas memberi alasan tidak mempunyai rumah di Selangor dan mahu balik ke kampung tinggal bersama ayahnya

Namun, apa yang terjadi ialah wanita tersebut malah menaiki keretapi ke Perlis dan soal siasat mendapati dia ingin menyeberangi sempadan untuk masuk ke Thailand.

Wanita berkenaan dikompaun sebanyak RM 5,000 dan diarahkan untuk ke destinasi yang sepatutnya dia pergi iaitu Kelantan

Terdapat juga dua individu lelaki turut dikenakan kompaun dengan amaun yang sama kerana merentas negeri ke Kedah tanpa surat kebenaran dan siasatan mendapati mereka dari Kedah ke Perlis menggunakan jalan tikus. Namun, mereka ditahan di SJR ketika ingin pulang ke Kedah semula.

Kredit : Utusan Malaysia

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas