Connect with us

Oh! Media

Bagai ‘Tiada Hari Esok’, Jho Low Didakwa Habis Berjuta Parti Dengan DiCaprio, Paris Hilton, Megan Fox

Trending

Bagai ‘Tiada Hari Esok’, Jho Low Didakwa Habis Berjuta Parti Dengan DiCaprio, Paris Hilton, Megan Fox

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low didakwa telah menghabiskan jutawan ringgit berparti dan membayar beberapa selebriti terkenal.

ADVERTISEMENT

BACA: Leonardo Muncul Secara Rahsia Beri Keterangan 1MDB

Memetik laporan Awani, butiran perbelanjaan itu telah dibacakan pihak pendakwaan dalam sesi perbincangan melibatkan bekas Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs, Roger Ng.

Sebanyak AS$250,000 (RM1.046 juta) didakwa dibelanjakan untuk Leonardo DiCaprio, AS$385,773 (RM1.616 juta) untuk perbelanjaan hiburan dan AS$5,000 (RM20,926) dihabiskan untuk model-model terkenal.

Mahkamah Persekutuan di Brooklyn New York pada Selasa mendengar pertuduhan berkenaan invois majlis keraian yang dihoskan oleh Jho Low di Las vegas.

Majlis keraian tersebut didakwa menelan belanja lebih AS$3.6 juta (RM15.67 juta) termasuk 65 botol minuman keras Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 (RM418,530) dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955 (RM163,038).

Selain itu, pihak pendakwa raya mendakwa sejumlah wang turut dibelanjakan kepada selebriti terkenal iaitu DiCaprio: AS$250,000, Paris Hilton: AS$100,000, Megan Fox: AS$250,000 dan Kim Kardashian: AS$50,000.

Panel juri menggambarkan Jho Low berpesta bagai tiada hari esok.

Difahamkan, Roger Ng dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di atas dakwaan bersubahat melanggar undang-undang antipengubahan wang haram AS yang melibatkan bilion dolar dana 1MDB.

Sementara Jho Low yang didakwa bersama Ng pada 2018 masih belum ditahan pihak berkuasa AS atau Malaysia.

Kredit: Astro Awani | Bloomberg | MalayMail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas