Connect with us

Oh! Media

Baby Shima Kononnya Nak Bertanding PRN Tiba-Tiba Tak Jadi Lepas Dengar Pandangan KJ

baby shima

Oh! Artis

Baby Shima Kononnya Nak Bertanding PRN Tiba-Tiba Tak Jadi Lepas Dengar Pandangan KJ

Baru-baru ini, penyanyi Baby Shima meraih perhatian netizen apabila memuat naik satu video di laman Instagramnya berkata serius dia ingin bertanding sebagai calon bebas untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

ADVERTISEMENT

Menurut Baby Shima, tujuan dia mahu menjadi wakil rakyat adalah untuk membela nasib rakyat.

Walau bagaimanapun, penyanyi dangdut itu sekali lagi memuat naik perkongsian terbaharunya dengan kenyataan yang dia tidak jadi bertanding dalam PRN sebagai calon bebas.

Menerusi video itu, Baby Shima bertanya kepada KJ, DUN manakah yang sesuai untuknya dan penyampai radio Hot FM itu terus berkata negeri Kelantan sesuai untuknya.

baby shima

Berikutan jawapan KJ itu, Baby Shima menunjukkan riak wajah yang terkejut dan serta merta berkata tidak mahu bertanding PRN kali ini.

BACA: PU Syed Tak Takut Disaman Baby Shima

Sebelum ini, Baby Shima pernah menfailkan saman terhadap penceramah bebas PU Syed dan Pemuda PAS Kuantan Abd Rahman bin Mat Noor di atas ucapan kata-kata fitnah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas