Connect with us

Oh! Media

Azlan Mengaku Pernah Ambil Bahan Terlarang Dan Sedar Dosa Bersekedudukan

azlan

Trending

Azlan Mengaku Pernah Ambil Bahan Terlarang Dan Sedar Dosa Bersekedudukan

Kisah pasangan yang viral dengan bayi 11 bulan dengan alat bantuan pernafasan masih menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Sebelum ini juga timbul dakwaan yang mengatakan mereka adalah penagih.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Viral Bawa Bayi 11 Bulan Tak Larikan Diri Tapi Pergi Isi Borang Nikah

Memetik laporan mStar pula, Mohd Azlan Ishak mengakui pernah terjebak dengan dadah pada masa lalunya tetapi sudah meninggal sikap buruk itu selepas mengenali Aariz Zafran.

Azlan mengaku dah berubah sejak jumpa Aariz…

Betul, saya pernah terjebak dengan dadah. Tapi itu sebelum kehadiran Aariz Zafran dalam hidup saya. Selepas saya ada anak, ditambah pula dengan ujian dia sakit, saya terus ‘cuci tangan.

Saya sangat menyesali zaman gelap saya dan cuba menebus semula kesilapan, harapnya masyarakat tidak terus menyisihkan saya sebab satu bahagian dalam hidup saya.

Dalam pada itu, Azlan turut mengakui sedar tentang dosa bersekedudukan tetapi terpaksa kerana hidup susah.

Pastinya pernah terlintas di fikiran saya untuk bernikah segera, saya tahu ia satu dosa besar tinggal serumah dengan wanita yang belum dikahwini, apatah lagi berhubungan intim dengannya. Saya akui salah daripada pihak saya dan saya menyesal.

Tapi dalam keadaan saya dihimpit kesusahan, berkahwin bukan menjadi satu keutamaan. Tumpuan saya adalah pada anak saya, Aariz Zafran, saya mahu cukupkan semua untuk dia baru fikir yang lain.

Apapun, Azlan merasakan apa yang berlaku adalah satu rahmat kerana sejak mereka viral, banyak pihak yang datang membantu sehingga memudahkan juga urusannya untuk mempercepatkan pernikahan bersama Aariz.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas