Trending
Azizulhasni Ditawar Biasiswa Lanjutkan Pengajian Dan Jawatan Pensyarah Di UPSI
Pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni bin Awang hari ini berjaya membawa pulang pingat perak apabila menamatkan saingan di tempat kedua dalam acara keirin lelaki Olimpik Tokyo.
Kejayaan jaguh trek ini menghadiahkan pingat buat kontinjen negara adalah pencapaian yang sangat membanggakan.
BACA: “Athiah Pregnant Anak Ketiga” – Tangisan Azizulhasni Buat Netizen Sebak
Sehubungan dengan kejayaan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi laporan Bernama menawarkan Azizulhasni biasiswa melanjutkan pengajian dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff memaklumkan tawaran untuk melanjutkan pengajian itu terbuka pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Sukan Olimpik Tokyo atau Sukan Olimpik Paris yang akan diadakan pada 2024 nanti.
Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhasni yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.
Tambah beliau lagi, kehadiran Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman itu pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan lagi pembangunan sukan berbasikal trek. Malah, ianya memberi inspirasi kepada penuntut yang bakal menjadi guru serta jurulatih sukan.

Menurutnya, Azizulhasni ditawar melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) iaitu menerusi laluan pengalaman secara berterusan. Beliau seterusnya akan dianugerahkan sijil kelayakan formal tertinggi yang memberi peluang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.
Kredit: Bernama
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM