Trending
Azira Shafinaz Dedah Dipanggil Bodoh Oleh Pelakon Senior Sampai Menangis!
Azira Shafinaz akui pernah dimarahi dan dipanggil bodoh oleh pelakon senior.
Pelakon jelita, Azira Shafinaz mengakui dia pernah dimarahi dan dipanggil bodoh oleh seorang pelakon senior ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
Menurut laporan mStar, Azira berkata yang perkara itu juga buatkan dirinya menangis ketika itu.
Saya pernah dimarahi dan dipanggil bodoh selain dikatakan tak pandai berlakon… saya memang menangis ketika itu juga.
Teguran itu bukan calang-calang, tetapi Azira tetap kekal profesional dan menyempurnakan sesi penggambaran walaupun hatinya terluka.
Dari dikecam, Azira Shafinaz kini dipuji!

Beberapa tahun selepas insiden itu, Azira sekali lagi bergandingan dengan pelakon sama dan kali ini, dia menerima pujian daripada individu yang pernah memperlekehkannya.
Dia sendiri memuji kualiti lakonan saya yang dikatakan semakin baik.
Azira menganggap teguran keras itu sebagai semangat dan motivasi untuk membuktikan dirinya mampu pergi jauh.
Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya pula jenis yang cepat bangkit.
Pssttt! Jangan cepat melatah bila ditegur, kadang kala teguran yang paling pedih itulah yang membuka jalan untuk kita jadi lebih kuat dan berjaya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM