Connect with us

Oh! Media

“Ayah Tercampak Keluar..” – Anak Kongsi Detik Cemas, Ibu Bapa Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Nahas

Trending

“Ayah Tercampak Keluar..” – Anak Kongsi Detik Cemas, Ibu Bapa Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Baru-baru ini, terjadi satu kemalangan yang memilukan apabila sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Mazda RX8 dinaiki mereka kemalangan di kilometer (km) 181 lebuhraya Utara-Selatan di Bagan Serai.

BACA: Tercampak Dalam Longkang, Pembantu Stesen Minyak Maut Dalam Kemalangan Depan Tempat Kerja

Menurut sumber, mangsa ketika itu bersama dua orang anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Kulim untuk menuju ke kampung halaman di Changkat Jering.

IKLAN

Berdasarkan kenyataan polis, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Kancil.

Whatsapp image 2021 12 11 at 230041

Lebih memilukan, pemergian mangsa yang juga seorang anggota Tentera Darat, Koperal Mohammad Anas Awang dan isterinya, Siti Hafissah Zamri telah menyebabkan dua orang anaknya yang terselamat tanpa mengalami kecederaan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Anak kongsi detik cemas, kereta tiba-tiba hilang kawalan

Sementara itu, salah seorang anak mangsa nahas, Muhammad Afiq Muhammad Anas telah menceritakan detik cemas ketika kemalangan yang telah mengorbankan kedua ibu bapanya di lokasi kejadian.

Menurutnya, kereta yang dipandu ayahnya secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum melihat mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Kdh dua beradik yatim piatu001

Kereta yang dipandu ayah tiba-tiba berpusing sebelum saya lihat ayah tercampak keluar dari kereta. Sebelum itu, saya dan adik tertidur, namun terjaga kerana kereta berpusing.

Kami ketakutan, adik menangis sebelum orang ramai bawa kami keluar dari kereta.

Selain itu, Muhammad Afiq turut menyatakan bahawa ketika itu, mereka sedang dalam perjalanan ke rumah neneknya di Changkat Jering, Perak.

Buat panggilan video dengan nenek, minta ‘jemput’ di lokasi kejadian

Dalam pada itu, dia bersama adiknya sempat membuat panggilan video dengan neneknya selepas kemalangan untuk menjemput mereka di lokasi kejadian.

Menurut neneknya, Bashah Bakar, dia menerima panggilan video tersebut dari dua orang cucunya yang memaklumkan tentang kemalangan itu kira-kira pukul 2.30 petang.

Namun, dia terkejut selepas mendengar ayat yang terpacul dari mulut cucunya yang memberitahu bahawa ibu bapanya telah meninggal dunia.

Opah datang cepat, mama dan ayah mati. Itu ayat pertama yang disebut cucu saya sebaik sahaja saya menjawab panggilan tersebut.

Ketika itu, saya hanya nampak wajah kedua-dua cucu saya dan dengar bunyi siren kereta polis.

Walaupun terpaksa menahan pahit pemergian anak serta menantunya, dia dan suami tetap reda dan akan memegang tanggungjawab untuk menjaga dua orang cucunya.

Walaubagaimanapun, jenazah pasangan suami isteri itu dilaporkan telah selamat dikebumikan di Kuala Ketil, Perak pada pukul 10.45 malam kelmarin.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan semoga pasangan suami isteri itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas