Connect with us

Oh! Media

Tercampak Dalam Longkang, Pembantu Stesen Minyak Maut Dalam Kemalangan Depan Tempat Kerja

pembantu stesen minyak

Oh! Tidak

Tercampak Dalam Longkang, Pembantu Stesen Minyak Maut Dalam Kemalangan Depan Tempat Kerja

Kejadian di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Baling-Kupang, Kedah, seorang pembantu stesen minyak telah maut apabila motosikal yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

ADVERTISEMENT

BACA: Terlanggar Bucu Belakang Lori, Dua Beradik Maut

Menerusi laporan Kosmo, kejadian kemalangan itu telah mengakibatkan mangsa, Jamal Mansor 35 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa tercampak ke dalam longkang

pembantu stesen minyak
Kenderaan pacuan empat roda yang merempuh mangsa (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor di hadapan stesen minyak tempat dia bekerja.

Ford Ranger yang datang dari arah bertentangan ternampak mangsa lalu mengelak ke kanan jalan arah ke Baling, namun pada masa sama mangsa juga turut mengelak ke kiri arah ke Kupang.

Kejadian itu mengakibatkan kenderaan pacuan empat roda tersebut bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa di laluannya.

Pemandu dan penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda tidak cedera dan hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera ringan.

Akibat dari perlanggaran kereta dan motor itu, mangsa telah tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Daerah Kulim, Kedah untuk dibedah siasat.

Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan mengharungi dugaan yang melanda ini. Diminta semua untuk lebih berhati-hati apabila berada di atas jalan raya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas