Connect with us

Oh! Media

Awas! Ini Perkara Bahaya Yang Bakal Berlaku Pada 19 Januari Ini!

19 januari

Trending

Awas! Ini Perkara Bahaya Yang Bakal Berlaku Pada 19 Januari Ini!

Pada 19 Januari ini, jam 10.51 pagi, sebuah asteroid gergasi bersaiz sepanjang satu kilometer diramalkan bakal melintasi Bumi!

ADVERTISEMENT

BACA: Ini 3 Peristiwa Menakutkan Yang Diramal Berlaku Pada Tahun 2022?

Menerusi laporan Kosmo, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan, Asteroid (7482) 1994 PC1 kini sudah semakin hampir dengan Bumi dan ianya berkemungkinan satu fenomena yang ‘berbahaya.’

Saiz batu tiga kali ganda daripada Bangunan Empire State

19 januari

Saiz batu angkasa yang tiga kali ganda lebih besar daripada Bangunan Empire State diramalkan akan menghampiri Bumi pada jarak yang sangat dekat sehingga menyebabkan ahli-ahli astronomi melihatnya menembusi ruang angkasa dengan kelajuan 70,415.237 kilometer sejam.

Orang pertama yang mengesan batu angkasa lepas ini merupakan Robert McNaught dari balai Cerap Spring Siding di Australia pada 9 Ogos 1994.

Batu angkasa ini dikatakan tidak akan mendekati Bumi melebihi jarak sehingga 1.9 juta kilometer, bersamaan dengan lima kali ganda jarak antara Bumi dan bulan.

Ahli Astronomi mengatakan batu angkasa itu mengorbit Matahari sekali saja setiap 1.57 tahun dan akan mendekati Bumi setiap 30 tahun sekali. Jarak yang bakal berlaku pada 19 Januari ini dikatakan yang paling dekat dengan Bumi dan tidak akan hampir lagi sehingga 200 tahun akan datang.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas