Trending
Atlet Dakwa Makanan Olimpik Musim Sejuk Beijing ‘Menyedihkan’?
Ketika ini sedang berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Kita juga turut berbangga apabila ada atlet negara yang menyertai kejuaraan ini seperti Aruwin Salehhudin yang menyertai acara Alpine Skiing.
Bagaimanapun, disebalik kemeriahan Olimpik Musim Sejuk Beijing ini, sudah ada atlet yang mendedahkan kesengsaraan mereka sewaktu diletakkan dalam pengasingan virus.
Beijing cuba mengadakan temasya bebas virus Covid-19 semasa pandemik dengan mengasingkan pasukan-pasukan di mana ujian saringan mesti diambil setiap hari, manakala sesiapa yang didapati positif akan ‘diseret’ ke lokasi pengasingan.
Menurut laporan USA Today, atlet Rusia, Valeria Vasnetsova berkata dia dihidangkan makanan yang ‘tidak layak’ untuk dimakan dengan hidangan sama diberikan tiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.
Russian athlete Valeria Vasnetsova posted this photo on Instagram.
— Joe Pompliano (@JoePompliano) February 7, 2022
She says that the same meal has been served at the Winter Olympics in Beijing for "breakfast, lunch, and dinner for five days already." pic.twitter.com/AspgWEqutb
Lihat penyediaan makanan sewaktu kuarantin semasa acara sukan di Jepun yang jauh lebih baik.

Selain itu, atlet Poland, Natalia Maliszewska berkata dia berulang kali berpindah masuk dan keluar dari tempat kuarantin selama beberapa hari kerana keputusan ujian Covid-19 yang bercanggah.
Masa tu pukul 3 pagi, saya menangis seperti orang gila sebab saya tak tahu apa yang berlaku, saya tak rasa selamat langsung.
Już oficjalnie! 🤩 Igrzyska Olimpijskie #Bejing2022 NADCHODZĘ! 🥳🔥🔥🔥🔥🔥🔥 pic.twitter.com/gPnaOpPVyE
— Natalia Maliszewska (@NMaliszewska) January 20, 2022
Dalam pada itu, Ketua pasukan hoki ais Finland Jukka Jalonen pula berkata China telah melanggar hak asasi manusia melibatkan salah seorang pemain bintangnya kerana pemain tersebut tetap dikuarantin walaupun doktor pasukan telah membenarkannya untuk bermain.
Di bawah peraturan ketat China, orang ramai hanya boleh meninggalkan lokasi pengasingan selepas mendapat keputusan negatif dua ujian PCR yang dilakukan dalam selang masa 24 jam.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM