Trending
Arwah Isteri Sempat Delete Gambar Di FB, Reset Password Telefon Sebelum Ditidurkan
Kehilangan orang tersayang merupakan saat paling perit dalam hidup. Meski pun masa berlalu, pemergian mereka tetap dirasai sampai bila-bila.
Seperti perkongsian lelaki ini, Jun lalu dia telah kehilangan isteri akibat virus Covid-19.
Isterinya yang sedang hamil 5 bulan ketika itu terpaksa ditidurkan selepas mengalami masalah paru-paru yang teruk.
Bayi di dalam kandungan juga meninggal dunia selepas dilahirkan secara pembedahan.
@nikiariff kalau nk cerita 1 hari pun tak habis, hanya diri ni je tahu perasaan RINDU #fy #esekeli #covid19
♬ semangat ngontennya – You+Me?
Meluahkan rasa rindu yang tidak berpenghujung, lelaki ini reda dengan pemergian isteri serta anaknya itu.

Terima kasih smua yang mendoakan, hargai pasangan anda sementara dia ada di depan mata. Saya kehilangan mereka di dalam keadaan saya tidak bersedia.
Menurutnya, sebelum ditidurkan, arwah isteri sempat memadam gambar-gambar di Facebook, menukar tagged foto kepada privasi dan reset password telefon supaya mudah untuk dibuka.
Orang ramai turut sebak membayangkan dugaan yang perlu ditanggung lelaki ini kehilangan anak dan isteri sekaligus. Mereka mendoakan semoga arwah ditempatkan di dalam syurga firdaus dan suami tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Kredit: TikTok @nikiariff
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM