Connect with us

Oh! Media

Anzalna Nasir Risau Hati Berbolak-Balik, Tidak Mahu Kongsi Kisah Hijrah

anzalna nasir

Oh! Artis

Anzalna Nasir Risau Hati Berbolak-Balik, Tidak Mahu Kongsi Kisah Hijrah

Anzalna Nasir, pelakon, 35 tahun ini tidak mahu berkongsi mengenai fasa penghijrahannya dalam berhijab kerana bimbang dengan perkara yang mungkin akan terjadi pada masa hadapan.

ADVERTISEMENT

Menurut Anzalna, dia selalu berfikir dengan ujian yang bakal dihadapinya kerana bimbang ia akan membuat hatinya berbolak-balik.

Saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia.

Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.

Malah, Nur Anzalna Mohd Nasir berharap agar peminat sentiasa mendoakannya untuk sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dan dapat menjaga imej muslimah.

Tambahan, pelakon jelita ini bersyukur walaupun berimej wanita muslimah tawaran lakonan masih banyak diterima dan menjadikan dia perlu hadkan beberapa perkara.

Saya bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Saya tetap menerima banyak tawaran tapi saya lebih utamakan keluarga.

Suami tidak menghalang dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya suka lakukan termasuk lakonan.

Saya perlu pilih karakter bersesuaian dengan imej. Saya sudah tidak boleh berlakon seperti dahulu atau lebih lagi kerana sudah mempunyai dua cahaya mata.

Saya juga tidak boleh ambil tawaran lakonan dengan episod panjang kerana sudah berkeluarga. Apabila tengok adik saya, Afiffah Nasir berlakon, memang terasa rindu sebenarnya.

BACA: (Video) Tampil Berhijab, Anzalna Nasir Beri Kejutan Buat Suami

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas