
Oh! Negara
Anwar Ibrahim Perjelas Keluarga Pikul Amanah Ketika PKR Di Ambang Krisis
Isu nepotisme dalam PKR kembali diperkatakan, terutama selepas kemenangan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR. Namun, Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sewaktu awal penubuhan parti itu.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Kongres Nasional PKR 2025 di Johor, Anwar berkata, tuduhan nepotisme tidak timbul sama sekali ketika partinya sedang berdepan tekanan hebat selepas beliau dipenjarakan.
Waktu itu tiada dana parti, tiada jentera parti. Waktu itu tidak timbul keluarga dan nepotisme.- Jelas Anwar.
Beliau menambah, isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hanya memikul tanggungjawab kerana tiada sesiapa yang bersedia menggalas cabaran getir ketika itu.
Anwar Ibrahim ingatkan anaknya, Nurul Izzah tinggalkan Universiti demi perjuangan…

Anwar turut menyentuh peranan anaknya, Nurul Izzah, yang ketika itu terpaksa meninggalkan pengajian universiti untuk menyumbang kepada perjuangan PKR.
Ketika itu Azizah pegang dan Izzah pula dalam keadaan terpaksa tinggalkan universiti dan menggeledah ke sana sini sebagai seorang dewasa.- Katanya.
Beliau turut menegaskan, keputusan memilih Nurul Izzah sebagai timbalan presiden baru-baru ini bukan dibuat oleh dirinya, tetapi dipilih oleh perwakilan parti.
Teruskan perjuangan demi masa depan…

Sebagai penutup, Anwar menyeru ahli-ahli PKR agar kekal fokus dan bekerja keras demi memastikan masa depan parti dan negara terus terpelihara.
Saya nak ingatkan semua untuk teruskan bekerja kerana tiada jaminan masa depan seseorang selain kerja dan amal.- Katanya.
Pssttt! Jangan mudah terpengaruh dengan tuduhan yang belum tentu berasas. Dalam sesebuah perjuangan, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Yang penting, niat dan tindakan mesti jujur serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
