Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Mahu Lagu ‘Solidariti Perjuangan’ Main Di Semua Kementerian

Trending

Anwar Ibrahim Mahu Lagu ‘Solidariti Perjuangan’ Main Di Semua Kementerian

Lagu ‘Solidariti Perjuangan’ hasil nukilan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim telah mencuri perhatian ramai termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diperdengarkan pada sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menurut laporan Berita Harian, berteraskan lagu asal ‘Solidarity Forever’ ciptaan Ralph Chaplin pada 1913, versi bahasa Melayu ini menyentuh hati Anwar yang mahu lagu ini dimainkan di setiap kementerian.

IKLAN

Lagu ini menyentuh jiwa kita dan menyemarakkan semangat pekerja. Saya harap lagu ini pasang di semua kementerian!

Semangat pekerja disemarakkan

Anwar Ibrahim

Persembahan lagu oleh koir Kementerian Sumber Manusia mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 10,000 hadirin yang terdiri daripada pelbagai sektor pekerjaan.

Datuk Fahmi Fadzil yang merupakan Menteri Komunikasi pula menyarankan semua stesen TV dan radio tempatan memainkan lagu ini demi memartabatkan perjuangan pekerja Malaysia.

Ini bukan lagu untuk kelab bola, tapi lagu untuk perjuangan pekerja.

Versi Bahasa Melayu yang penuh semangat

Anwar Ibrahim bantuan penjawat awam

Lagu asalnya berkisar tentang perjuangan pelombong dan keluarga mereka di AS, kini diolah dalam bahasa Melayu untuk membawa mesej perpaduan dan kekuatan pekerja tempatan.

Selepas lebih 113 tahun, lagu ini akhirnya ada versi Melayu dan mencerminkan iltizam gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.

Setiap usaha pekerja patut dihargai, bukan hanya pada Hari Pekerja. Lagu hanyalah simbol, tapi semangat di sebaliknya perlu disemai dalam hati kita semua. Teruskan berjuang!

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas