Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Terkejut Dengar Harga Seekor Khinzir Makin Mahal

Ohmedia khinzir

Trending

Anggota Polis Terkejut Dengar Harga Seekor Khinzir Makin Mahal

Siapa kata harga babi tak naik hari tu? Nampaknya bukan harga ayam, ikan dan sayur sahaja yang naik dekat pasaran sekarang tapi harga seekor babi pun kena nasib yang sama.

Bagaimanapun, kenaikan harga seekor babi ini bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi dilaporkan di Papua. Ini selepas tersebar video menunjukkan perbualan mengenai harga haiwan itu yang semkain mahal di sana.

Memetik laporan Suara.com, seorang anggota polis telah menahan lima penduduk yang melintas di satu kawasan. Mereka dilihat sedang membawa seekor babi hitam dewasa dan anggota terbabit menanyakan harga seekor babi tersebut.

IKLAN

Anggota polis terkejut dengar harga seekor babi 35 juta rupiah

Mahu jual babi kah? Berapa kalau hendak dijual?, soal polis.

Ya, babi ini 35 juta rupiah (RM10,250). jawab peniaga terbabit.

Boleh tahan juga harganya tu. Ada ke orang nak beli? Berdasarkan apa yang dikatakan peniaga terbabit, permintaan sanggat menggalakkan walaupun harganya mahal.

Pembeli turut sanggup melakukan tempahan awal demi mendapatkan daging haiwan ini tanpa mengira berapapun harganya. Berapa pula harga babi dekat Malaysia ya? Tertanya-tanya juga.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas