Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Lepaskan Tembakan Terhadap Pelanggan Dalam Pub Ditahan

polis

Trending

Anggota Polis Lepaskan Tembakan Terhadap Pelanggan Dalam Pub Ditahan

Seorang anggota polis berpangkat Sub-Inspektor dikatakan telah melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki awam di sebuah pub. Apa kes pula ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Anak VIP Ditahan Langgar SOP Dalam Pub

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di Bandar Puchong Jaya, Puchong kelmarin dan polis sedang menjalankan siasatan terhadap anggota berkenaan.

Anggota berkenaan yang dikatakan berusia 56 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif tembakan itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Saya sahkan suspek seorang anggota polis dan dia sedang disiasat untuk siasatan lanjut sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya.

Pada awalnya, suspek yang merupakan anggota berkenaan telah melepaskan tembakan terhadap seorang pelanggan lelaki berusia 56 tahun di pub berkenaan menggunakan sepucuk pistol. 

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan lengan kiri itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

Apa agaknya motif anggota tu lepaskan tembakan ya? Apapun, biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan terhadap kes ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas