Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Dalam Tahanan Ditemui Meninggal Dunia Di Sel

Ohmedia polis Maut

Trending

Anggota Polis Dalam Tahanan Ditemui Meninggal Dunia Di Sel

Anggota polis ditahan kes bunuh ditemui tidak sedarkan diri jam 4.30 petang.

Seorang anggota polis yang sedang ditahan kerana kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ditemui tidak bernyawa di dalam selnya di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka, Arau.

Lapor Berita Harian, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri oleh wadar penjara sekitar jam 4.30 petang, semalam.

Mangsa hanya diam dan baring setiap kali diperiksa

Polis

Mangsa yang berusia 28 tahun dan berasal dari Setiu, Terengganu itu dikatakan enggan hadir ke Mahkamah Majistret Kangar bagi perbicaraan pada pagi hari sama.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pemantauan secara berkala dilakukan oleh wadar dan mangsa didapati hanya diam dan berbaring setiap kali diperiksa.

Pada jam 4.30 petang, wadar yang meronda cuba mengejutkan lelaki itu yang disangka tidur namun mendapati dia tidak lagi bergerak dan segera mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Ada rekod psikiatri sejak 2017

Polis

Setibanya di hospital pada jam 5.10 petang, pihak perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

Laporan polis mengenai kejadian dibuat kira-kira jam 5.25 petang dan hasil siasatan awal mengesahkan mangsa adalah anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis yang direman sejak 17 Mac 2023.

Mangsa dilaporkan ditahan atas kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kini sedang menunggu untuk dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi, Kangar.

Tambah beliau lagi, mangsa mempunyai rekod rawatan psikiatri di beberapa hospital sejak tahun 2017.

Bagaimanapun, hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.


Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas