Connect with us

Oh! Media

Anggota FRU Sempat Muat Naik Video Terakhir Dalam Trak Sebelum Kejadian

Anggota Fru Maut

Trending

Anggota FRU Sempat Muat Naik Video Terakhir Dalam Trak Sebelum Kejadian

Sayu dan menyentuh hati. Salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5, Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar, sempat memuat naik video terakhir di status WhatsApp sebelum maut dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo, alam video yang kini tular di media sosial, kelihatan rakan-rakan seperjuangan Akmal sedang berbual mesra dan sempat tersenyum ke arah kamera, seolah-olah mengetahui itu mungkin perjalanan terakhir mereka.

Video dalam perjalanan tugasan terakhir

Img 5018

Difahamkan, mereka sedang menuju ke Teluk Intan bagi tugasan sempena sambutan Hari Wesak. Dalam status berikutnya, Akmal turut memuat naik suasana di sekitar Menara Condong Teluk Intan sebelum insiden berlaku.

IKLAN

Lebih sayu, beberapa anggota sempat senyum ke kamera, seakan tahu ini tugas terakhir mereka.

Keluarga dan netizen berduka

Anggota Fru Terkorban

Antara mangsa lain yang turut terkorban ialah Koperal Mohd. Pozli Jaudin, yang dikenal pasti melalui komen salah seorang waris.

Takziah buat sepupu saya kehilangan suami Ahmad Pozli yang duduk nombor dua dari masuk ‘track’ tu,” tulis seorang pengguna.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa agar roh semua mangsa dicucuri rahmat Allah.

Perginya ketika bekerja. Semoga angkat semua dalam mati syahid. Al-Fatihah.” – komen netizen

Pssttt! Hargai setiap detik bersama insan tersayang. Dalam sekelip mata, segalanya boleh berubah. Al-Fatihah buat semua wira yang gugur ketika bertugas.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas