Connect with us

Oh! Media

Angel Dolla Diserang Peminat Fanatik Hanya Kerana Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir

angel

Oh! Artis

Angel Dolla Diserang Peminat Fanatik Hanya Kerana Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir

Selepas digosipkan sebagai pasangan kekasih, Angel anggota kumpulan Dolla menjelaskan hubungannya bersama pelakon Nadhir Nasar hanya sekadar teman biasa di dalam industri.

ADVERTISEMENT

Angelina Cha Ka Ying atau nama pentasnya Angel, berkata hubungan mereka mula akrab sebagai rakan artis sewaktu bertemu di sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.

Berbalas komen itu tidak membawa maksud apa-apa, cuma berteman biasa sahaja. Kami kalu berjumpa di luar pun hanya sekadar bertanya khabar sahaja.

Kami kenal pun ketika sama-sama muncul dalam program MeleTop… keluar berdua pun tidak pernah.

Tambahan, Angel juga berkongsi bahawa dia pernah diserang peminat fanatik Nadhir hanya kerana tidak berpuasa hati dengan gosip yang dikatakan mereka sedang bercinta.

Namun, penyanyi berusia 23 tahun itu tidak menyimpan dendam kerana memahami perasaan peminat fanatik tersebut.

angel

Itu perkara biasa. Saya tak rasa apa-apa sebaliknya faham perasaan mereka sebagai peminat.

Malah, Angel juga berkata bahawa dia adalah salah seorang peminat Nadhir, 27 tahun terutama lakonannya di dalam siri popular Projek: High Council.

Sedikit info, sebelum ini pelakon Nadhir Nasar juga pernah dikritik oleh netizen sewaktu berlakon di dalam sebuah drama.

BACA: “Jadi Macam Zul Ripin Juga…”- Netizen Kritik Babak Dukung Antara Shaza Bae Dan Nadhir Nasar

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas