Baru-baru ini, laman X kecoh apabila beberapa tangkap layar mesej didakwa daripada staf pempengaruh terkenal, Andika Putera tular di media sosial.
Dalam mesej tersebut, pempengaruh berkenaan didakwa tidak membayar gaji pekerja dan pelbagai alasan diberikan apabila bayaran dituntut.
Staf dakwa terpaksa ‘mengemis’ minta gaji
Berdasarkan mesej yang dimuat naik, seorang staf mendakwa gaji untuk bulan Disember 2024 dan Januari 2025 masih tidak dibayar sehingga kini.
Lebih mengejutkan, pempengaruh itu didakwa meminta stafnya supaya bertolak ansur kerana dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dan perlu menanggung anak perempuan istimewanya.
Ramai netizen berpendapat bahawa alasan tersebut tidak sepatutnya dijadikan hujah untuk mengelak daripada membayar gaji pekerja.
Staf luah rasa tak puas hati, EPF pun tak dibayar?
Bukan itu sahaja, seorang lagi staf tampil meluahkan rasa kecewa kerana bukan sahaja gajinya tertunggak, malah caruman EPF juga didakwa tidak dibayar oleh Andika.
Saya dah penat sabar sebab masa berpantang pun suruh kerja alasan diorang bayar gaji. Dengan EPF tak bayarnya.
Lebih parah, staf berkenaan turut mendakwa bahawa Andika sering memaki pekerjanya dan memberi alasan bahawa dia juga seorang manusia biasa yang mempunyai emosi.
Setakat ini, dakwaan yang dibuat pekerja belum mendapat respon balas daripada Andika.
#ApaKataOhmedia
Sebagai seorang majikan, mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja bukannya mengambil kesempatan di atas kesabaran mereka. Jika benar isu ini berlaku, diharapkan Andika dapat menyelesaikan bayaran dengan segera.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: X