Connect with us

Oh! Media

anak zahnita

Trending

Anak Sulung Zahnita Wilson ‘Back Up’ Bapa, Mengaku Hubungan Dengan Ibu Kini Renggang

Konflik rumah tangga antara pelakon dan model Zahnita Wilson dengan suaminya Abdul Zackery Ghouse terus menjadi perhatian selepas anak sulung mereka, Zahrafeena tampil membuat kenyataan.

Menerusi temubual bersama mStar, Zahra yang berusia 18 tahun mendakwa gambar mata lebam yang dikongsi Zahnita di Instagram adalah foto lama.

IKLAN

Zahra tak pernah nampak ibu dipukul

zahnita

Jelas Zahra sendiri, dia tidak pernah melihat bapanya memukul ibu mahupun adik beradik yang lain.

Saya rasa dia ada sebab untuk buat hantaran tu. Tapi itu bukan ayah saya, simple cakap itu bukan ayah saya. Itu fitnah.

Dedah remaja ini lagi, dia sendiri memilih untuk tinggal dengan bapa demi peperiksaan SPM. Dia juga mengaku hubungannya dengan ibu renggang sejak bapanya ditahan polis.

Semasa posting tu, ibu saya dah seminggu tak ada kat rumah. Dia contact saya sikit je. Setahu saya dia okay. Saya tiba-tiba buka phone di sekolah dan saya nampak posting itu. Saya terkejut juga.

Menurut Zahra, Zahnita telah merancang untuk berpindah selepas Zahra selesai menduduki peperiksaan SPM, namun isu ini menjadi tular lebih awal.

Zahra turut menegaskan bahawa tiada kejadian keganasan melibatkan dirinya seperti yang dipersoalkan oleh pihak sekolah.

Zahra kecewa dengan perbuatan ibu

zahnita

Zahra meluahkan rasa kecewa terhadap ibunya yang dianggap mengabaikan perasaan dan keperluannya sebagai seorang pelajar SPM.

Sebagai seorang anak, dia reda jika ibu bapanya berpisah dan apa yang berlaku sangat sukar untuk dimaafkan.

Jelasnya lagi, dia memahami jika bapa enggan kembali bersama ibu kerana ibu juga sudah lama mahu berpisah.

#OhmediaNasihat

Ada plot twist pula bila dengar kenyataan anak ini kan? Apa-apa pun hanya pasangan ini yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Diharapkan mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan mengambil kira emosi anak-anak yang mungkin terjejas.

anak zahnita

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas