Trending
Anak Shuib, Thalita Panggil Watie ‘Woi’, Ini Apa Kata Tuan Badan
Watie Hanifiah tampil beri penjelasan selepas video Thalita panggilnya ‘woi’ tular.
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah akhirnya bersuara selepas tular video anak tirinya, Thalita yang didakwa memanggilnya dengan panggilan ‘woi’ ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Watie berkata yang perkara itu hanyalah salah faham dan berlaku secara tidak disengajakan.
Perkara itu berlaku secara spontan ketika live di TikTok. Thalita mungkin tidak perasan, dia pun tengah bercakap dengan orang-orang yang menonton.”
“Dia bukan anak yang kurang ajar!” – Watie

Watie yang mesra dengan panggilan Fati menjelaskan bahawa Thalita adalah seorang anak yang baik dan sentiasa menjaga tingkah laku, terutama di rumah.
Saya hidup dengan dia dan saya kenal dia. Kalau dia bercakap kasar di rumah, mesti saya akan tegur.
Watie sudah jelaskan pada Thalita
Dalam usahanya untuk melindungi perasaan anak tirinya itu, Watie bertindak lebih awal dengan menjelaskan situasi sebenar kepada Thalita sebelum dia sempat membaca komen negatif yang tular di media sosial.
Saya tak mahu dia salah faham dan terasa sebab saya post video tapi dia kena kecaman.
Undang pelbagai reaksi netizen
Susulan video yang tular itu, ada netizen dilihat yang menyokong Watie dan Thalita, dan ada juga yang menganggap panggilan ‘woi’ sebagai tidak sopan terhadap orang lebih dewasa.
Namun begitu, ramai juga yang memahami bahawa mungkin perkara itu berlaku tanpa niat buruk, apatah lagi ketika dalam suasana siaran langsung yang santai.
Pssttt! Dalam dunia digital, setiap perkataan boleh disalah tafsir. Sebelum menilai, cuba fahami konteks sebenar. Jangan cepat menghukum tanpa usul periksa.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM