Connect with us

Oh! Media

“Anak Saya Dan Menantu Memang Anak Yang Baik, Tiada Masalah” – Bapa Mangsa Kelar

Trending

“Anak Saya Dan Menantu Memang Anak Yang Baik, Tiada Masalah” – Bapa Mangsa Kelar

Seorang wanita ditemui tidak bernyawa bersama seorang anak dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat perbuatan suami sendiri.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, suspek yang berusia 25 tahun melarikan diri selepas kejadian menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Ibu bapa mangsa, Rosman Ahmad dan Norazlina Hamdan reda dengan apa yang sudah berlaku  dan menganggap menantu seorang yang baik.

Sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia. Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.

Namun kebelakangan ini, dia dapat tahu menantu tidak kerja tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu.

Foto: Harian Metro/Izz Laily Hussein

Sebelum ini, menantu membuat kerja pembersihan di stadium. Kemudian bekerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang serta membantu kerja penyediaan makanan.

Mungkin dia ada masalah tempat kerja.

Tambah ibu mangsa, anaknya tidak pernah mengadu ada masalah kewangan. Dia sendiri tidak menyangka hubungan baik anak dan menantunya berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia sahaja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.

Berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, anak dan menantunya dijadualkan bersanding 24 Julai ini. Segala persiapan untuk majlis itu sudah siap.

Jenazah kedua-dua mangsa difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, Johor Bahru esok selepas selesai urusan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas