Connect with us

Oh! Media

Anak Pasangan Yang Dirempuh Pemandu Nissan Navara Cerita Keadaan Ibunya Undang Sebak

Ohmedia langgar Lari 2

Trending

Anak Pasangan Yang Dirempuh Pemandu Nissan Navara Cerita Keadaan Ibunya Undang Sebak

Hanya beberapa minit sebelum tragedi, Farah Natasya Faizal menerima pesanan WhatsApp terakhir daripada ibunya yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Baru dari Alor Setar.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan suami isteri itu dirempuh pikap jenis Nissan Navara di NKVE arah Plaza Tol Jalan Duta, menyebabkan kedua-duanya cedera parah dan tercampak ke bahu jalan.

Saya baru siap mandi nak turun ambil mereka. Tapi bila hujan turun, hati saya rasa tak sedap.

Farah Natasya terus cuba menghubungi ibunya namun panggilan dijawab oleh sepupu, yang memaklumkan mereka sudah terbabit kemalangan. Dia terus bergegas ke lokasi dan terkejut melihat keadaan kedua ibu bapanya.

IKLAN

Saya panggil mama (selepas kemalangan) dia beri maklum balas tapi tak buka mata, tak bercakap.

Saya ikut dia ke hospital. Sampai di hospital, mama dah tak balas langsung. Gerak jari pun sikit saja.

Parah di kepala, ditidurkan di ICU

Nissan Navara

Ibu Farah kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh kerana pendarahan kepala, patah tulang rusuk kanan dan buku lali, manakala bapanya, 53, retak tulang selangka dan sedang menjalani pembedahan.

Anak tuntut keadilan, mahu pemandu Nissan Navara bertanggungjawab

Langgar Lari

Farah tidak mampu menonton semula rakaman kemalangan, namun tekad menuntut keadilan buat ibu bapanya.

Saya cuma mahu pemandu tu bertanggungjawab. Keluarga kami serah pada pihak polis dan harap dia dihukum setimpal.

Suspek sudah tampil buat laporan polis

Screenshot 2025 05 11 173144

Suspek lelaki berusia 32 tahun yang memandu Nissan Navara telah tampil membuat laporan polis dan direman dua hari. Tempoh remannya kini disambung untuk siasatan lanjut.

Pssttt! Dalam sekelip mata, hidup boleh berubah. Sentiasa peka dan berhati-hati di jalan raya, dan jangan sesekali ambil ringan nyawa orang lain.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas