Connect with us

Oh! Media

Anak Datuk Aliff Syukri Dakwa Kena Raba

Ohmedia ammar hayyan aliff syukri

Oh! Artis

Anak Datuk Aliff Syukri Dakwa Kena Raba

Anak Aliff Syukri dakwa jadi mangsa diraba semasa promosi produk di Masjid India.

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, 17 tahun, mendedahkan satu kejadian tak diingini yang berlaku ketika dia sedang mempromosikan produk di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ketika itu, Ammar sedang membantu ibu bapanya dalam menjayakan kempen jualan beg terpantas secara siaran langsung yang juga mencatatkan rekod dalam Malaysian Book Of Record.

Malangnya, sesi promosi itu bertukar jadi pengalaman pahit buat Ammar.

IKLAN

Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru sahaja kena raba.- Katanya.

Anak Aliff Syukri dakwa kena raba di bahagian pinggang dan ketiak…

Ammar hayyan

Apa yang mengejutkan, Ammar mendedahkan yang dia kena raba oleh individu tidak dikenali ketika berada di lokasi tersebut.

Untuk pengetahuan, saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu.

Saya tiada masalah kalau orang ajak bergambar atau nak bersembang, tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat.- Katanya.

Nasihat ibu dan pilih untuk memaafkan…

Ohmedia ammar hayyan2

Walaupun apa yang berlaku cukup mengecewakan, Ammar tetap tenang dan berkongsi cerita itu dengan ibunya, Datin Seri Nur Shahida.

Ibunya menasihati supaya Ammar kekal tenang dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan emosi.

Saya dah bagitahu mak saya dan dia kata dalam hidup memang ada orang macam itu.

Lebih matang dari usia, Ammar akhirnya memaafkan individu yang merabanya dan memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang suka pergi event macam ni ingat satu benda, hormat ruang peribadi orang lain. Walaupun artis atau influencer itu mesra, tak bermaksud kita boleh sentuh sesuka hati. Apa pun niat korang, jaga adab bila berada di tempat awam, lagi-lagi bila melibatkan golongan muda macam Ammar ni. Hormat tu percuma je, tapi sangat mahal nilainya.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas