Connect with us

Oh! Media

Anak Balik Kampung Tapi Tidur Homestay? Ustaz Wadi Annuar Beri Pendapat

homestay

Trending

Anak Balik Kampung Tapi Tidur Homestay? Ustaz Wadi Annuar Beri Pendapat

Apabila pulang ke kampung untuk beraya, ada segelintir individu memilih menginap di hotel atau homestay untuk keselesaan keluarga.

BACA: 15 Tips Raya Di Kampung Sangat Penting Yang Ramai Orang Tak Perasan

IKLAN

Iyalah apabila ramai-ramai dalam satu rumah, mesti ruang untuk tidur dan mandi terhad menyebabkan aurat juga tidak terjaga.

Balik kampung tapi tidur hotel?

Perkara ini seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen. Mereka bertanyakan pendapat pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar berkenaan isu ini.

ustaz wadi annuar

Menurut Ustaz Wadi, tiada masalah untuk menyewa di hotel atau homestay berdekatan jika anak-anak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Misalnya, mereka datang lebih awal untuk membantu mengemas rumah dan memasak. Janganlah muncul di rumah ketika makan je.

Mai awal, tolong memasak tolong mengemas dan sebagainya. Dan waktu yang tak makan pun, mai la juga sejam dua iaitu waktu untuk bersama keluarga dan sanak saudara yang lain. Maka yang itu tak ada masalah untuk sewa di luar.

Namun, ada sesuatu yang pelik jika anak-anak memilih untuk tinggal di homestay meskipun bilik di rumah keluarga sudah mencukupi.

Wajib jaga maruah, kehormatan keluarga

Jelas ustaz, ada juga segelintir memberi alasan menyewa rumah lain untuk mengelakkan pergaulan bebas, untuk menutup aurat dan sebagainya. Maka itu dibolehkan.

Memang wajib ketua keluarga menjaga maruah, kehormatan dan juga kesalahan agama yang dilakukan oleh ahli keluarga.

Untuk kes sebegini, anak-anak dinasihatkan untuk menjelaskan kepada ibu bapa terlebih dahulu mengapa mengambil keputusan sewa homestay.

#ApaKataOhmedia

Setiap kali musim perayaan, isu ini pasti akan menjadi perdebatan ramai kan? Tidak salah untuk menyewa di homestay, tapi janganlah goyang kaki dan datang makan je. Tolonglah apa yang patut dan eratkan lagi siturahim dengan sanak saudara lain.

homestay

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Ustaz Wadi Annuar


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas