Pelawak terkenal, Along Cham, membuat pendedahan mengejutkan lagi yang kali ini melibatkan dana sumbangan yang sepatutnya digunakan untuk membantu dirinya semasa ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Along mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi, telah menyalahgunakan dana berjumlah lebih RM100,000 yang dipercayai dikumpul untuk pengurusan dirinya dan anak mereka, Ahmad Daniel.
Dalam satu kenyataan, Along, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, menyatakan bahawa dia tidak menerima walau satu sen pun daripada jumlah dana tersebut.
Lebih mengejutkan, anaknya dikatakan diuruskan oleh ibu kandungnya, Siti Habsah Kadir, dan ibu angkatnya, pelakon senior Didie Alias.
Dana-dana yang dikatakan untuk kegunaan saya, jujur itu tidak ada. Dana tersebut tidak sampai ke tangan saya. Duit yang digunakan untuk ikat jamin saya adalah daripada ibu, keluarga dan ibu angkat saya, Didie Alias.- Kata Along.
Menurutnya lagi, selebriti yang memberikan sumbangan kepada isterinya turut menjadi mangsa penipuan.
Ada dalam kalangan selebriti yang memberi sumbangan tetapi dana itu tidak sampai kepada saya. Dia (Afreena) cakap, konon-konon duit daripada dana itu untuk pembiayaan anak saya. Tapi sepanjang saya ditahan, anak saya diuruskan oleh Didie Alias.- Jelasnya lagi.
Jumlah dana yang terkumpul dianggarkan melebihi RM100,000, tetapi tidak digunakan seperti yang dijanjikan.
Aaron Aziz turut jadi mangsa…
Dalam perkembangan terbaharu, Along turut mendedahkan bahawa pelakon terkenal Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya.
Saya mendapat panggilan daripada Aaron Aziz yang kini berada di Uzbekistan, mengatakan isteri saya ada mintanya RM20,000 katanya untuk bantu ikat jamin saya. Aaron telah beri RM5,000 kepada dia.- Dedah Along Cham lagi.
Menurut Along, wang ikat jamin sebenarnya telah diselesaikan oleh ibunya dan Didie Alias. Along juga menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada Aaron untuk mendapatkan kembali wang tersebut.
Ibu kepada Along dilaporkan telah membuat laporan polis berkenaan penyelewengan dana ini. Pihak polis turut memanggil individu-individu yang terlibat dalam memberi sumbangan untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar