Connect with us

Oh! Media

Trending

“Benda Dah Lama Kenapa Baru Nak Cerita? Awak Nak Saman Saya?” – Aliff Syukri

Viral tentang seorang gadis obes, Wani Comel yang telah dakwa dirinya ditipu oleh seorang usahawan kosmetik. Kata kena jadi duta untuk produk pelangsingan, tapi habuannya – zero. Walaupun Wani tak sebut siapa usahawan tersebut, tapi Datuk Seri Aliff Syukri dah tampil sendiri untuk beri penjelasan.

Dalam posting terbaru Aliff Syukri di Instagramnya, Aliff mendakwa yang Wani sengaja nak rosakkan nama baik beliau. Benda pun dah jadi setahun lepas, kenapa baru sekarang Wani nak ungkit? Untuk kukuhkan lagi dakwaan beliau, Aliff turut upload segala screenshot dari Google dan gambar Wani ketika di hospital.

IKLAN

BACA : Usahawan Kosmetik Tipu Gadis Obes Untuk Promosi Ubat Kurus?

“Saya dah lama beritahu dalam Facebook saya yang saya buat bariatrik (pembedahan potong usus) pada Wani atas nasihat doktor. Saya siap post pada tarikh 19 Ogos 2019. Doktor itu pun post.” – tulisnya di Instagram.

Tambah Aliff, beliau akan ambil tindakan pada individu yang tak habsis-habis nak jatuhkan dirinya. Siap kasi hint suruh tunggu hari Isnin kalau nak tengok semua details. Wah, betul-betul nak cari dan kumpul bukti ni. Aliff juga beri penjelasan yang dia dah tanggung segala kos sepanjang Wani dapatkan rawatan. Jadi, mana yang satu yang betul?

“Sepanjang rawatan, kos semua saya tanggung. Bayar coach theraphy kaki, makan, tempat tinggal. Semua saya yang tanggung. Seposen pun tak minta duit awak, adik Wani. Jadi, janga menangguk di air yang keruh.” – tambahnya.

Aliff Syukri juga sempat tegur Wani untuk keluar bekerja memandangkan kakinya yang dah boleh berjalan. Katanya, sampai bila nak tunggu duit bantuan. Tapi Datuk, kalau memang duit tersebut hak dia, tak salah juga kan untuk dia tunggu? Hm.

Takpelah, kami tunggu sampai Isnin nanti ya. Nak tahu juga siapa yang salah, siapa yang betul. Tapi, yang buat kami tertanya-tanya, Datuk Aliff ada mention, sebenarnya ada individu tertentu yang dok sibuk desak Wani untuk buat tuntutan. Ah, sudah! Satu hal lagi netizen nak kena cari, siapa pula orang yang dimaksudkan?

Kredit: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas