Connect with us

Oh! Media

Usahawan Kosmetik Tipu Gadis Obes Untuk Promosi Ubat Kurus?

Trending

Usahawan Kosmetik Tipu Gadis Obes Untuk Promosi Ubat Kurus?

Kecoh pula tentang seorang gadis yang menghadapi masalah obesiti mendakwa dirinya dah dimanipulasi oleh seorang usahawan kosmetik. Kononnya nak bantu dia untuk kurangkan berat badan. Tapi last-last, habuk pun tarak!

ADVERTISEMENT

Berat Nurul Airawani Nazira Ibrahim, atau Wani Comel pernah cecah sampai 300kg sebelum ini. Dia kemudian ditawarkan untuk jadi duta produk kurus bagi syarikat usahawan tersebut. Kononnya nanti diorang akan jamin kebajikan Wani, nak bagi kereta, bagi rumah, serta sara kehidupan Wani dan keluarga. Bahkan, diorang juga janji akan tanggung pembedahan potong usus (bariatrik) untuk Wani.

Tapi lepas Wani jalani pembedahan, syarikat kosmetik jutawan tersebut tak ambil tanggungjawab pun. Sampai sekarang, Wani tak pergi sebarang rawatan susulan pun. Kesannya, setiap kali lepas makan, Wani mesti akan sakit perut.

“Selepas selesai pembedahan dan keluar dari hospital saya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak buat rawatan susulan sampai sekarang. Laporan kesihatan saya pun tidak dipegang oleh saya tetapi pihak sana (usahawan kosmetik itu).” – kata Wani
“Sebelum pembedahan saya tidak sakit pun perut.” – tambahnya.

Bukan itu je, Wani pun tak pernah dijelaskan dengan terperinci, apa rewards yang dia akan dapat selepas jadi duta syarikat berkenaan. Menurut laporan, Wani awalnya dijanjikan bayaran bulanan sebanyak RM3,500. Hakikatnya, Wani hanya terima kurang daripada RM1,000 sepanjang promosikan produk tersebut.

Tambah pula kecaman dari netizen yang tak tahu pucuk pangkal cerita, ada juga yang kata Wani jenis tak bersyukur. Yelah, Wani pernah dapat bantuan dari NGO dalam bentuk sumbangan. Tapi, lagi nak bising. Bahkan, ada juga wakil usahawan yang datang dan gertak Wani sebab isu tersebut.

Wani kata sekarang dia sedar yang kontrak ditandatangani September 2019 lalu hanya berat pada syarikat usahawan tersebut. Kontrak tersebut pun tak diberitahu pada Wani secara jelas. Peguam kepada Wani, Haziq Aizuddin Subhi dah pun beri surat tuntutan pada usahawan tersebut. Jika tiada tindakan, mungkin perlu bawa ke mahkamah. Wani tak minta banyak pun, hanya perlu bayar pampasan dan beri haknya sebagai duta dan janji yang dah pun dilafazkan.

“Tunaikanlah apa yang dijanjikan, saya pun manusia. Saya bukan binatang, bukan. Saya bukan anak lembu bukan anak kucing.” – katanya.

Betul lah tu. Takpe Wani. Kalau Wani ada di pihak yang benar, tak perlu takut nak pertahankan hak Wani. Sampai bila nak biar diri kita dipijak-pijak, kan? Usahawan pun bukannya orang yang tak berduit. Apapun, kita nantikan je apa yang akan jadi nanti.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas