Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Tauke Jambu Bersuara Isu Namanya Dipetik Rogol Gadis

X   3

Trending

Akhirnya Tauke Jambu Bersuara Isu Namanya Dipetik Rogol Gadis

Kecoh di media sosial sejak semalam mengenai isu seorang pelawak ditahan selepas disyaki merogol seorang gadis berusia 20-an dan nama Tauke Jambu telah dipetik merupakan individu berkenaan. Biar betul?

Menurut laporan mStar, Tauke akhirnya tampil bersuara dan terkejut dengan tuduhan itu. Walau bagaimanapaun, dia memilih untuk kekal tenang walaupun kecewa dengan tindakan netizen.

BACA: Pelawak Ini Ditahan Polis Disyaki Rogol Seorang Gadis

IKLAN

Katanya lagi, tuduhan liar itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.

Individu tersebut bukan saya. Saya dapat tahu kes ini selepas ada netizen yang tag saya di media sosial.

Tambah Tauke, fitnah tersebut mampu memberi impak besar terhadap reputasinya sebagai selebriti walaupun dia tidak bersalah.

Tauke Jambu enggan melatah dan pilih bersabar

Img 4630

Tauke mengakui bahawa dirinya semakin matang dalam menghadapi kontroversi yang tidak berasas.

Bila usia makin meningkat, saya hanya nak fikir yang baik-baik saja. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Dia juga sempat menasihati netizen untuk tidak membuat tuduhan melulu tanpa mendapatkan fakta yang sahih terlebih dahulu.

Kesannya kepada periuk nasi kami sebagai selebriti sangat besar. Saya hanya mampu reda, tapi saya yakin rezeki itu daripada Allah.

Isu lama masih menghantui?

Ohmedia tauke Jambu

Bukan tu jer, Tauke tidak menolak kemungkinan namanya dikaitkan dengan isu tersebut kerana kontroversi lampau yang pernah melibatkan dirinya.

Walaupun saya tidak bersalah, netizen masih lagi pandang negatif. Impaknya besar kerana ia melibatkan maruah saya.

Walaupun kecewa, Tauke berharap orang ramai dapat belajar untuk lebih bijak menilai sesuatu berita dan tidak terus menghukum seseorang tanpa bukti kukuh.

#OhmediaNasihat

Fitnah bukan perkara kecil. Dalam dunia penuh informasi hari ini, kita perlu bijak dalam menilai sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Jangan terus menuding jari, sebaliknya pastikan maklumat yang diterima sahih dan berfakta.

X   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas