Connect with us

Oh! Media

Ahmad Fadhli Desak PDRM Dan SPRM Siasat Anwar Ibrahim

Ohmedia anwar ibrahim maha kaya

Oh! Negara

Ahmad Fadhli Desak PDRM Dan SPRM Siasat Anwar Ibrahim

Isu panas kini melanda dunia politik negara apabila Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penerimaan dana yang meragukan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli menuntut agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera selepas tularnya video pengakuan oleh Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Lai Chen Heng.

PMX, Anwar Ibrahim dikatakan beri ‘duit kotor’…

465463528 1141900430624856 7717592828338682386 n 1

Dalam video tersebut, Lai didakwa mengakui menerima dana daripada Anwar yang diklasifikasikan sebagai “duit kotor” dan tidak dimasukkan ke dalam akaun rasmi untuk mengelak dikesan.

IKLAN

Lebih membimbangkan, video tersebut menunjukkan bahawa dana berkenaan sengaja tidak dimasukkan ke dalam akaun rasmi dan diklasifikasikan sebagai ‘duit kotor’ agar tidak dapat dikesan melalui sistem perbankan.- Kata Ahmad Fadhli.

Ahmad Fadhli turut mengaitkan dakwaan ini dengan kemungkinan pelanggaran Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 yang memperuntukkan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam transaksi dana yang mencurigakan.

Perkara ini bukan sekadar soal disiplin dalaman PKR, tetapi membabitkan kemungkinan pelanggaran undang-undang negara.- Tegasnya.

PAS ancam buat laporan polis besar-besaran jika tiada penjelasan…

Img 5593

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyatakan bahawa laporan polis secara besar-besaran mungkin akan dibuat sekiranya tiada penafian rasmi atau penjelasan terbuka daripada Anwar atau kepimpinan tertinggi PKR dalam masa terdekat.

Rakyat berhak tahu kebenaran dan tidak boleh dibiarkan terus dibohongi atas nama perjuangan reformasi yang kini dilihat semakin dipenuhi hipokrasi.- Ujarnya.

Ahmad Fadhli mendesak agar PDRM dan SPRM tidak menunggu sebarang arahan politik dan bertindak segera membuka siasatan demi memastikan integriti sistem pentadbiran negara terjaga.

Pssttt! Setiap dakwaan yang timbul, apatah lagi melibatkan kepimpinan tertinggi negara, wajib disiasat secara telus. Ketelusan dan integriti adalah tunjang utama dalam menjamin kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi undang-undang. Jangan biarkan kepercayaan itu musnah hanya kerana lambat bertindak.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas