Trending

Adik Lelaki Yana Samsudin Meninggal Dunia

Published on

Innalillahiwainnailaihirojiun, Ohmedia ingin mengucapkan salam takziah kepada Yana Samsudin dan keluarga atas kehilangan adik lelaki tercinta, Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin baru-baru ini di kediamannya.


Menerusi Instagram Yana, beliau berkata bahawa adiknya adalah satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru je ingin merasa nikmat sebagai seorang ayah selama 37 hari. Tak apalah Yana, Allah lebih menyayanginya.

Innalillahwainalillahirojiun…lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal..rasa terlalu sayu…sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. Rupanyaa hari ni…Aku kehilangan adik aku..Ya Allah..macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari.

Dalam kapsyen tersebut, Yana juga memohon agar mengampunkan dosa serta menghalalkan makan minum adiknya. Ohmedia doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin.

OHMEDIA: AL-FATIHAH (DIBACA)

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca mendoakan adik Yana di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version