Connect with us

Oh! Media

Adik Kepada Ibu Hamil Maut Terlibat Kemalangan Ngeri Di Terowong Menora Dedah Sesuatu

Ibu Hamil Terowong Menora

Trending

Adik Kepada Ibu Hamil Maut Terlibat Kemalangan Ngeri Di Terowong Menora Dedah Sesuatu

Hasrat seorang ibu hamil untuk pulang beraya di kampung suami bertukar tragedi memilukan apabila beliau bersama bayi dalam kandungan maut dalam kemalangan ngeri berhampiran Terowong Menora pada Ahad lepas.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Nur Fatihah Badrul Hisyam ketika itu sedang sarat hamil lapan bulan dan dalam perjalanan dari kampungnya di Kedah menuju ke Tanjung Malim, kampung suaminya.

Bayi sudah diberi nama, namun tak sempat lihat dunia

Kemalangan

Menurut adik mangsa, Risyad, kakaknya dan suami, Abdul Rahman Abdul Rahim, 29, memang merancang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga mentua tahun ini.

IKLAN

Ya, kakak balik kampung awal dan ketika kejadian iaitu sehari sebelum Aidilfitri, dia dan suami mahu beraya di Tanjung Malim.

Tragisnya, bayi dalam kandungan yang sudah diberi nama itu turut tidak dapat diselamatkan.

Suami mangsa selamat, masih dalam rawatan

21a74aba 864f 4d62 bc89 927ecdfb2250

Abdul Rahman yang terselamat kini berada di Tanjung Malim untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dibenarkan keluar dari hospital malam semalam.

Risyad juga berharap agar orang ramai memahami keadaan keluarga mereka yang sedang dalam fasa berkabung dan tidak dapat mengulas lanjut.

Polis cari pemandu yang langgar ibu hamil

28685feb 763b 495e 9bf3 dd97acc45296

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, siasatan kini sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan suami mangsa.

Rakaman dashcam menunjukkan seorang pemandu melanggar mangsa yang terbaring di tengah jalan selepas nahas berlaku.

Setakat ini, tiada individu tampil beri keterangan dan polis menunggu keputusan forensik serta bedah siasat.

Tiada laporan rasmi juga dibuat mengenai kehilangan barangan peribadi seperti yang tular di media sosial.

#ApaKataOhmedia

Hargai setiap detik bersama insan tersayang, terutama musim perayaan. Pandulah dengan cermat dan berhenti jika perlu, jangan jadikan jalan raya medan tragedi.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas