Connect with us
kieda crepe

Trending

“Ada Yang Bedrest Allah Tarik Juga Anak” – Kieda Crepe Sedih Dituduh Terlalu Lasak Punca Keguguran

Usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada netizen menuduh dirinya punca anak kembar tiga gugur ketika kandungan 10 minggu.

Kata Kieda, tiada seorang ibu pun mahu anaknya meninggal dunia di dalam rahim sendiri. Jadi, lebih baik orang ramai menjaga jari jemari daripada menulis perkara yang bukan-bukan.

IKLAN
kieda crepe

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik, suami Kieda iaitu Hilmi Zaki positif menganggap tiada rezeki untuk mereka menimang cahaya mata kali ini.

Saya selalu berpesan dekat Kieda, kita kena bersangka baiklah. Ini takdir sebab Allah tahu dan Allah yang sebaik-baik perancang. Allah tahu yang mana terbaik untuk kami berdua. Mungkin tiada rezeki, bukan disebabkan kami lasak, kami kerja kuat, kami tidur tak cukup. Bukan.

Kata Hilmi, mereka telah membuat beberapa kali imbasan di klinik berbeza untuk kepastian. Sebenarnya masih ada harapan satu kantung akan ‘survive’ dan doktor meminta imbasan dilakukan sekali lagi dalam masa dua minggu.

Tadi tanya doktor, salah Kieda ke sebab Kieda lasak? Bukan sebab Kieda. Ada yang bedrest pun Allah tarik juga anak, semua ni kuasa Dia. Apa yang terjadi dalam hidup kita semuanya sebab Dia. Dia bagi, Dia ambil balik.

Jelas pasangan ini, video yang dimuatnaik mungkin video terakhir untuk menjelaskan mengenai keguguran.

Video penuh:

Mereka masih mempunyai dua anak yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Mereka reda dengan dugaan yang diberikan Allah SWT.

kieda crepe

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Kieda Crepe


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas