Connect with us

Oh! Media

Abdul Hamim Direman Dan Dikuarantin Di Penjara Sungai Udang

Ohmedia long tiger

Trending

Abdul Hamim Direman Dan Dikuarantin Di Penjara Sungai Udang

Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali dengan gelaran Long Tiger kini sudahpun direman dan kini dikuarantin di Penjara Sungai Udang, Melaka. Perintah reman ke atas dirinya adalah sehingga 18 Januari 2022 ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin di mana Long Tiger direman untuk siasatan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Reman penjara ini bersangkut dengan kes lama di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan, apabila kita dapat arahan pertuduhan untuk (kes di bawah) Seksyen 224 Kanun Keseksaan, barulah kita bawanya keluar dan tuduh.

Tujuan reman dan kuarantin selama 14 hari ini perlu mengikut SOP yang ditetapkan untuk memasuki penjara.

IKLAN

Lapan individu turut ditahan ada kaitan dengan Long Tiger

Individu lain itu termasuk seorang wanita dan tujuh lelaki berusia 30 hingga 40-an. Mereka dipercayai bersubahat dengan Long Tiger yang ketika itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas