Trending
Abby Abadi Beri Respon Isu Rumah Tangga Marissa Dania Jadi Perhatian Ramai
Abby Abadi enggan ulas panjang isu rumah tangga Marissa Dania, akui reda dan serah pada takdir.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi, tampil memberi respon tenang terhadap isu yang membabitkan rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang kerap menjadi perhatian ramai.
Menurut laporan mStar, Abby memilih untuk tidak memperbesarkan hal tersebut dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir serta pilihan anaknya sendiri.
Itu pilihan dia (Marissa), biar dia lalui sendiri… Kalau perkara itu baik, ia akan berpanjangan. Kalau tidak baik, kita tengok saja apa jadi.
“Anak saya tetap anak saya” – Abby Abadi

Abby menjelaskan bahawa hubungan dalam keluarga mereka berada dalam keadaan baik dan tidak mahu isu ini berlarutan hingga memberi kesan buruk.
Kami okay sahaja dan tak mahu isu keluarga jadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang.
Malah, walaupun Abby enggan mengulas panjang tentang hubungan mereka, beliau tetap menegaskan kasih sayangnya terhadap Marissa tidak pernah berubah.
Saya baik sahaja dengan dia. Anak saya tetap anak saya.
Minta doa orang ramai

Abby turut memohon doa daripada orang ramai agar keluarganya diberi ketenangan dan segalanya dipermudahkan.
Insya-Allah, mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik.
Pssttt! Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita perlu belajar untuk melepaskan dan membiarkan anak-anak belajar dari kehidupan. Doa dan sokongan tetap menjadi kekuatan paling besar.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM