Connect with us

Oh! Media

“Abah Beria-Ia Minta Salam Dan Peluk” – Anak Mangsa Kemalangan Di Thailand Luah Permintaan Terakhir Bapa Sebelum Pergi

Suami isteri kemalangan konvoi thailand ohmedia

Trending

“Abah Beria-Ia Minta Salam Dan Peluk” – Anak Mangsa Kemalangan Di Thailand Luah Permintaan Terakhir Bapa Sebelum Pergi

Sepasang suami isteri dilaporkan maut semalam selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki GTR1400 yang dinaiki mereka terbabas ketika konvoi di Chumphon, Thailand.

Kehilangan kedua ibu bapa dalam sekelip mata menjadi pengalaman paling memilukan buat anak mereka, Mohd Danial Ikmal.

Tak sangka itu permintaannya yang terakhir

Konvoi2

Apa yang lebih menyentuh hati adalah permintaan terakhir arwah bapanya, yang secara tiba-tiba meminta dia dan adik lelakinya, Mohd Danial Irfan, untuk bersalaman dan berpelukan sebelum mereka berdua bertolak pergi.

IKLAN

Pada hari Ahad minggu lepas, arwah secara tiba-tiba bertanya kepada kami tidak mahu salam dan peluk dengan abah kah. Sedangkan, sebelum ini arwah tidak pernah beria-ia sedemikian.

Janji tidak tertunai

Kemalangan

Arwah ibunya juga sempat berpesan kepada anak sulungnya melalui panggilan video untuk menjaga adiknya dengan baik dan berjanji akan pulang malam Isnin.

Namun, janji itu tidak kesampaian. Lebih menyedihkan, pasangan itu turut mengetahui tentang kehamilan isteri anak sulungnya, tetapi mereka tidak sempat menimang cucu pertama.

Jenazah kedua-dua arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul ‘Ulum Merbau Pulas, kira-kira jam 5.30 pagi.

#OhmediaNasihat

Kita perlulah hargai insan tersayang selagi mereka masih ada. Benda kecil seperti memberi pelukan dan salam mungkin nampak biasa, tetapi benda itu lah yang akan meninggalkan kenangan yang tidak ternilai selepas mereka tiada.

Suami isteri kemalangan konvoi thailand ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ainin Sofia
Sentiasa mencari inspirasi dalam kehidupan seharian. Setiap pengalaman mempunyai cerita disebaliknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas