Connect with us

Oh! Media

“6 Tahun Kemudian, Juri Bagi Hidup Saya Semula” – Johnny Depp Lega Kebenaran Terungkap

Trending

“6 Tahun Kemudian, Juri Bagi Hidup Saya Semula” – Johnny Depp Lega Kebenaran Terungkap

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp menerusi sebuah hantaran di Instagram meluahkan rasa gembira di atas kemenangan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

ADVERTISEMENT

BACA: “Peguam Bela Johnny Depp Berjaya Buatkan Hakim Terlepas Pandang Bukti Kukuh” – Amber Heard

Selepas enam minggu perbicaraan, mahkamah memerintahkan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Dalam kenyataan dua muka surat itu, pelakon ini berkata, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Amber Heard 6 tahun lalu telah merubah hidupnya, hidup anak-anak serta hidup orang yang mempercayainya dalam sekelip mata sahaja.

Tuduhan jenayah palsu dan serius yang dikeluarkan terhadap saya melalui media telah mencetuskan kebencian orang ramai.

Meskipun tiada dakwaan dibuat ke atas saya tetapi tuduhan palsu itu telah tersebar meluas ke seluruh dunia sehingga memberi kesan kepada hidup dan kerjaya saya.

Katanya, enam tahun kemudian, juri telah memberinya ‘kehidupan’ semula. Dia sangat menghargainya.

Katanya dia nekad untuk membawa kes ke muka pengadilan untuk menceritakan perkara sebenar. Dia mahu orang ramai tahu termasuk anak dan para peminatnya apa yang sudah dilaluinya selama ini.

Pelakon ini sangat terharu dengan sokongan padu para peminat seluruh dunia. Dia berharap usahanya untuk menegakkan keadilan demi maruahnya dapat membantu insan lain yang mungkin berhadapan situasi sama.

Kredit: Instagram Johnny Depp

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas